>>Oleh: del_delima28@yahoo.com
USM : Bertempat di Padang Minden Usm, Karnival Sukan Harapan’11 telahpun berlangsung pada 26 Nov 2011 yang lalu. Antara acara sukan yang telah dipertandingkan adalah bola sepak dan bola jaring. Sambutan yang diberi amatlah menggalakkan. 4 pasukan bola jaring dan 3 pasukan bola sepak telah berentap merebut tahta juara. Pasukan yang telah bertanding bagi acara bola jaring adalah Fajarlicous, FG team, Fresh Mob serta Vavavom. Dan akhirnya keputusan berpihak kepada Fresh Mob sebagai juara bola jaring, setelah menewaskan pesaing rapat VaVaVom. Manakala ABC fc pula muncul sebagai juara bola sepak bagi tahun ini. Diikuti Geng 32 dan Merapu fc. Tahniah kepada pemenang. Namun begitu, menang-kalah adat pertandingan. Objektif utama Karnival ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat penghuni Desasiswa Fajar Harapan dalam aktiviti kesukanan. Aktiviti seperti ini mengeratkan hubungan siraturrahim antara juga dapat peserta. Selain itu, peserta yang terlibat juga akan memperolehi mata MyCsd dalam aktiviti ko-kurikulum. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival Sukan Harapan’11. “1 Sukan, 1 Harapan”.
p/s : Karnival Sukan Harapan’11 (Fasa 2) akan diadakan pada 17 Nov 2011. Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah Badminton dan Futsal. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, Sila hubungi Pengarah Projek Karnival Sukan Harapan’11 :
019-4935409(Achik)/013-3536078(Dyla) Penglibatan anda amatlah dialu-alukan.
Tuesday, December 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment