Pages


Tuesday, December 20, 2011

Dari kaca mata seorang gaga…

>>Oleh: misareen@gmail.com

Salam u’olls.. Mesti korang ingat gaga nak citer pasal yang pedas2 je kan..bunyi je camtu. Hakikatnya, gaga nak citer pasal isu semasa yang tak berapa panas je..bukan apa, ni kan folio pertama daripada kacamata seorang gaga..ha,mula-mula sekali mesti korang nak tau siapakah gaga?kan?ke tak nak tau?tak pelah macam tu. Sesungguhnya biarlah gaga menjadi seorang yang low PRO-file.ngeh3..ok,selesai sesi perkenalan.
Satu isu yang ingin dibincangkan dalam edisi Bulletin Ombak kali ini ialah…..jeng..jeng..jeng..isu anjing. Isu anjing?huh!bosannya.. memang pun. Gaga setuju je kalau korang nak cakap isu ni membosankan. Kita semua tau, anjing dan fajar tak dapat dipisahkan. Di mana ada fajar, maka di situ juga lah anjing-anjing berkumpul. Eh,bukan gaga nak cakap yang kita dan anjing hidup sebumbung walaupun itulah hakikatnya. Bukan..Tapi dah anjing tu suka duduk kat fajar nak buat macam mana ye tak? Tapi apa yang paling membosankan bila kita dan anjing sama-sama bersenam setiap malam. Mana taknye, asal nak pergi toilet je malam-malam, mesti anjing tengah dok cari makanan dalam tong sampah. Pastu, kadang-kadang nampak anjing kat pantry. Mungkin dia haus dan perlukan air, itu gaga tak tau la. Yang tak syok nya, bila anjing tu nampak kita dok ngintai dia, tak pun terserempak ngan dia, mesti dia kejar. Adakah pandangan mata kita tu seakan-akan mengajak dia berlari bersama-sama kita? Itu kena tanya tuan empunya diri.
Persoalannya sekarang, apa yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan isu anjing ni semakin berleluasa? Kadang-kadang kalau kita tengok setiap pagi masa subuh tu, mesti tong sampah dah jatuh. Sampah dalam tu tak payah cakap la, mesti la dah tak ada dalam tong sampah ye tak? Apakah benda yang dicari oleh anjing dalam tu? Mestilah makanan yang berupa tulang.agaknya..jadi, kita sebagai penghuni fajar, seharusnya setiap kali selesai makan, ikat plastik makanan kita tu ketat-ketat dan buang ke dalam tong sampah. Kalau tong sampah dah penuh, biasanya makcik cleaner akan tinggalkan plastik sampah lebih dekat kerusi. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk buka plastik baru dan masukkan sampah yang bertaburan ke dalam plastik baru. Kan lebih harmoni dipandang oleh-oleh anjing-anjing yang ada di fajar ni. Tidaklah fajar ni tercemar dengan sampah sarap yang di recycle balik oleh anjing-anjing fajar. Maka, tiadalah adegan kejar-mengejar dalam fajar. Eh, cakap pasal kejar-mengejar, korang kalau jumpa anjing, jangan jerit dan lari tau. Bukan apa, selalunya kalau lari mesti anjing kejar. Ada orang cakap kalau nak halau anjing, jerit kat dia, nanti cepat-cepat diorang lari ketakutan. Gaga pernah cuba jerit gak dulu, tapi anjing tu jerit balik kat gaga. Kalau jerit je takpe gak. Tak puas hati, dia gigit kaki gaga pulak. Ok ,fine! Gaga dah tak peduli dan terus lari dari situ. Jadi, apa yang korang perlu lakukan,cuma senyum je dekat anjing tu dan perlahan-lahan pergi dari situ macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bagi siapa-siapa yang berani, bolehlah jerit balik kat anjing tu.
Selain itu, pihak MPDFH ada memanggil jabatan yang berkenaan untuk menghalau anjing tapi nampaknya isu ni masih tak dapat diselesaikan. Jadi, gaga nak minta pendapat korang sekiranya ada apa-apa cadangan bagi menghilangkan kewujudan anjing ni, apakata korang hantar komen ke facebook fajar ( Majlis Penghuni Desasiswa Fajar harapan). Setiap komen yang bernas akan di “suka” oleh gaga ye. Dan sekiranya cadangan terbaik berjaya diperolehi, maka yang bernasib baik itu akan menerima hadiah yang agak istimewa. Okey tak? Ini betul-betul tau, bukan main-main. Akhir kata, kaca mata gaga sentiasa mengekori gerak langkah anda..bye!

0 comments: