Pages


Tuesday, December 20, 2011

HARI INTERAKSI MPDFH 11/12

>>Oleh: nurulcomey37@gmail.com

Hari interaksi MajlisPenghuni Desasiswa Fajar Harapan (MPDFH) telah dijalankan pada 29 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bersempena hari tersebut bagi meraikan ahli-ahli baru dalam keluarga MPDFH. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ‘Hope Survival. Aktiviti ini membabitkan semua ahli baru dan juga ahli majlis Tertinggi MPDFH. Semua ahli dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk mengumpul dana tabung MDPFH. Sebanyak tiga kumpulan telah ditugaskan untuk mengumpul dana bertempat di Kompleks Bukit jambul manakala 3 kumpulan yang lainnya ditempatkan di Queensbay Mall. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti bekerja dan mengambil upah untuk melakukan sesuatu. Terdapat juga kumpulan yang bekerjasama menjual keronsang dan air. Dengan pembabitan dalam aktiviti sebegini, MPDFH bukan sahaja telah dapat mengumpul dana sebanyak RM200, tetapi dapat mengeratkan perhubungan dan persahabatan dalam kalangan ahli MPDFH. Pada hari terakhir hari interaksi MPDFH pula, semua ahli baru telah diajar tentang cara-cara menulis ketas kerja projek. Pada sebelah malamnya pula, ahli baru telah di beri sijil watikah perlantikan exco MPDFH bagi sessi 2011/2012 yang dirasmikan oleh Pemangku Penggawa Desasiswa Fajar Harapan, Dr. Reevany Bustami.

0 comments: