Pages


Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR @ FAJAR HARAPAN

Font size

Salam 1 Harapan..MPDFH akan menyokong program EARTH HOUR@ USM yang akan diadakan pada 27 Mac 2010. Semua penghuni diminta memberi kerjasama dengan menutup lampu mulai jam 9.00 mlm- 10.00 mlm dan berkumpul di tempat letak kereta dihadapan rumah penggawa. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang 1 jam berkumpul. Terima kasih...

Tuesday, March 23, 2010

BBQ 1HARAPAN

Kemuncak sidang 2009/2010 amat terasa sekali. banyak dugaan, cabaran, dan pengalaman telah kita rasai bersama-sama. pelbagai aktiviti telah dilakukan cuma aktiviti kemuncak yang telah menjadi tradisi Majlis Penghuni Fajar Harapan belum dilaksanakan lagi. untuk melengkapkan tradisi tersebut Persatuan "duda dan janda" MPDFH akan mengadakan majlis keramat iaitu BBQ 1HARAPAN untuk meraikan senior-senior yang bakal menamatkan ijazah mereka. oleh itu, dijemput semua penghuni desasiswa fajar harapan khususnya, dan rakan-rakan dari desasiswa lain amnya untuk sama-sama memeriahkan BBQ 1HARAPAN yang akan diadakan pada:
  • tarikh : 4 april 2010
  • masa : 8.30 hingga 12.00 malam
  • tempat : tasik harapan (berdekatan rumah kayak)
  • bayaran : RM 5.00 seorang
Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi:
  • saudara Idzuan Jamaluddin (019-7239469) atau
  • saudari Huda (013-2974115).

TOT la pulok.....,

Debaran temasya olahraga tahunan (TOT), USM kini kian menghampiri kita semua...,
marilah kita sama-sama memeriahkan temasya olahraga tahunan tersebut yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2010. oleh itu, semua penghuni desasiswa fajar harapan digalakkan untuk turun sama-sama memberi sokongan dan turut serta dalam temasya olahraga tahunan teserbut. aktiviti berkaitan TOT mengikut perancangan yang telah ditetapkan ialah:
  • latihan sorakan setiap petang pada pukul 6.00 petang sehingga hari TOT.
  • latihan kawad kaki diadakan pada setiap malam bermula pukul 10.00 malam.
  • pra raptai kawad kaki untuk perbarisan pada 24 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • raptai penuh kawad kaki untuk perbarisan TOT pada 25 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • pembinaan rumah TOT akan dibuat pada 26 Mac 2010 pada pukul 4.30 petang di Stadium Olahraga.

diharap semua penghuni dapat melibatkan diri dalam semua bahagian TOT untuk sama-sama menaikan nama desasiswa fajar harapan ke peringkat yang lebih baik. MAJULAH SUKAN UNTUK HARAPAN:-)

Saturday, March 20, 2010

U RACE

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program U RACE yang julung-julung kali diadakan pada 14 Mac 2010.
Program ini dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan dengan kerjasama pihak Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM.


Thursday, March 11, 2010

KEJEYAAN DPNC

Tahniah kepada team Debat Piala Naib Canselor atas kejayaan merangkul JOHAN DPNC!!!

Sekalung tahniah kepada pendebat iaitu Nur Diyana, Mahfuzah, Mohd.Hazri, Nor Azlan dan Dahrani Chandran...


Tahniah juga kepada team researcher yang bersengkang mata mencari maklumat untuk didebatkan...


Tahniah juga kepada penyokong yang tidak putus2 memberikan sokongn supaya Piala DPNC kembali ke Fajar Harapan...


Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Penggawa, Dr. Yahya Mat Arip. Penolong Penggawa, Dr Nik Haslinda dan Dr. Reevany dan felo Dr. Rosenani...


Tahniah dan Terima Kasih kepada semua!!!!!!!!!!!!!

semaian lestari kasih....

Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam semaian lestari kasih yang berlangsung pada 21 Feb 2010 bertempat di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas..

Tujuan ini adalah julung-julung kali diadakan dan bertujuan untuk menyemai perasaan kasih sayang dan meningkatkan prestasi kanak-kanak dirumah tersebut..

Program ini diadakan berfasa iaitu setiap 2 minggu sukarelawan akan berkunjung ke Rumah Taman Bakti untuk mengikuti perkembangan merekan serta mengadakan kelas tambahan...
diharapkan usaha ini akan berterusan dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini..

Dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat kita kembali...