Pages


Friday, December 31, 2010

happy new year

Tuesday, December 28, 2010

notis tiada bekalan air

Salam 1 Harapan
Perhatian kpd semua Penghuni Desasiswa Fajar Harapan, Pihak Pengurusan telah menyediakan tong2 air utk menghadapi masalan air pd 28/12/2010 y terputus 1 hari. Pihak MPDFH telah meletakkan tong2 di setiap tandas utk bekalan. Penghuni juga diminta utk menyimpan bekalan air sendiri bg kegunaan masing2 bagi menampung bekalan air.Kerjasama daripada semua Penghuni amat dihargai
Jimatkan Penggunaan air
tq

Friday, December 24, 2010

KEM KEPIMPINAN MPDFH 2010/2011


KEM KEPIMPINAN TELAH BERLANGSUNG PADA 20-23DEC 2010 DI BANDIING LAKESIDE INN.
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK TELAH DILANGSUNGKAN SEPERTI BERMALAM DI RUMAH ORANG ASLI KG. CHUWEH, BERAKIT DI TASIK TEMENGOR, BBQ DAN PELBAGAI AKTIVITI DAN PENGISIAN YANG MENARIK.
TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA, PIHAK PENGURUSAN, KEM KOMANDAN, FASILITATOR, DAN RAKAN-RAKAN EXCO YANG BANYAK MEMBERI KERJASAMA DAN MENJADIKAN KEM INI YANG TERBAIK.
SEMOGA MPDFH LEBIH MAJU DAN BERJAYA DALAM PELBAGAI PROGRAM YANG DI ANJURKAN.

SEMESTER 2 SIDANG 2010/2011

SELAMAT PULANG UNTUK MENGKUTI SEMESTER 2 SIDANG 2010/2011 UNTUK SEMUA PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN!
SEMOGA SEMESTER INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMESTER LEPAS!

Tuesday, November 9, 2010

MAJLIS HARI RAYA 1HARAPAN




MAJLIS HARI RAYA 1 HARAPAN TELAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH MERIAH DI CAFE SEJAHTERA FAJAR HARAPAN. MAJLIS INI BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA PENGHUNI DAN MPD DAN JUGA PIHAK PENGURUSAN DESASISWA KHASNYA.
MAJLIS INI BUKAN SAHAJA TELAH MENARIK MINAT PENGHUNI DESASISWA HARAPAN BAHKAN TELAH BERJAYA MENARIK MINAT PENGHUNI DESASISWA LAIN UNTUK MENYERTAINYA.INI MERUPAKAN LANGKAH YANG TEPAT UNTUK MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA PELAJAR-PELAJAR DI USM.

Wednesday, September 1, 2010

DIREKTORI NOMBOR TELEFON

MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN : MUHAMMAD IDZUAN B. JAMALUDDIN
019-7239469 / 017-7165250
TIMB. PRESIDEN 1: NURUL HUDA BT. ABD MUTALIB
013-2974115 / 017-2679660
TIMB. PRESIDEN 2: ABUZAR B. ADZIZAN
017-5298678
TIMB. PRESIDEN 3: NOOR SYAHIDAH BT. AHMAD
014-5185594
S/U AGUNG : SITI NOOR KASANABILAH BT. KAMARUL ZAMAN
019-7186725 / 017-9756848
S/U KERJA : FATIN NAJIAN BT. AHMAD MALIKI
019-4142287
BENDAHARI : FARIDAH NOOR BT. CHE ALI
019-9273736
PEN. BENDAHARI : AZRUL SYAHMI B. ABDUL RAZAK
012-4508862

KETUA EKSEKUTIF

PENAJAAN : IZWAN ALI IMRAN B. WAZANI
013-4196612
KOMUNIKASI KORPORAT : NOR AQWA BT RUSSLAN
014-5158924
AKADEMIK & KERJAYA : NUR FARAH ASMAQ BT ABD RAHIM
017-9285138
SUKAN & REKREASI : NORAZRIZAL ASWAD B ABDUL RAHMAN
013-5948904
SOSIAL & KEBAJIKAN : MOHAMAD RASYID B ABD RAZAK
017-2605474
SAHSIAH & KEROHANIAN : NUR LIYANA BT ZAHARI
013-9801965
BLOK SEJAHTERA F26 : IZUDDIN B ISMAIL
012-9229263
BLOK SEJAHTERA F25 : FARAH SYUHADATUL AIN BT ABDULLAH
013-2950036
KAFE SEJAHTERA : NOR ZAMIRA BT ZAMRI
014-5122063

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI:

www.facebook.com/majlispenghunidesasiswafajarharapan
http://mpdfh.blogspot.com/

NOMBOR TELEFON PENTING KETIKA KECEMASAN

PUSAT SEJAHTERA
04-6533999
JABATAN KESELAMATAN
04-6573970 / 04-6534333

UCAPAN PRESIDEN MPDFH

Salam 1 Harapan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya Majlis Penghuni
Desasiswa Fajar Harapan 10/11 berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Ogos 2010
selepas berlangsungnya majlis pembubaran MPDFH 09/10 seterusnya watikah pelantikan
untuk MPDFH 10/11. Saya amat berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak pengurusan Dr. Nik Haslinda Nik Hussain (Penggawa), Dr. Reevany Hj. Bustamy
(Penolong Penggawa) dan Dr. Rosenany S.M. Anwarul Haque (Felo) atas kepercayaan
pihak pengurusan untuk mengamanahkan MPDFH 10/11 kepada saya dan para Majlis
Tertinggi (MT) berserta exco-exco dan timbalan exco yang baru sahaja dilantik yang saya
ibaratkan sebagai jari-jari tangan. Kami semua akan saling bekerja bukan mengira jawatan tetapi atas dasar cinta akan desa dan menjunjung aspirasi universiti. Kami akan sama-sama bekerja dan saya amat memerlukan MPDFH untuk sama-sama berkhidmat untuk memastikan kebajikan penghuni desa dapat dijaga dengan sebaik-baiknya kerana kebajikan penghuni adalah keutamaan MPDFH 10/11. Tidak lupa juga kepada semua mantan-mantan MPDFH 09/10 yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mengendalikan MPDFH.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang sudi berkhidmat untuk MPD dan setiap pengalaman yang kita lalui dijadikan sebagai teladan dan pengalaman yang mematangkan.

Sekian,
Mengekalkan Tradisi, Menerajui Modenisasi, Melakukan Transformasi.

MUD BALL TASIK HARAPAN



Satu program pembersihan Tasik Harapan telah
dilaksanakan pada 21 Ogos 2010 (Sabtu). Program ini
bertujuan untuk membersihkan mendapan Tasik Harapan.
Program ini mendapat tajaan sepenuhnya oleh CIMB Bank.
Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak telah merasmikan
program ini bersama wakil daripada CIMB Bank.
Program ini merupakan satu program berterusan
untuk memastikan kebersihan Tasik Harapan terus
terpelihara.Kira-kira 300 sukarelawan mengambil bahagian
dalam program ini.Seramai 40 orang wakil MPDFH turut
bersama membaling Mud Ball.

MAJLIS MOREH



Pada 21 ogos yang lalu bersamaan 11 Ramadhan 1431H telah berlangsungnya program moreh
iaitu program pertama anjuran Majlis Penghuni Desasiswa fajar harapan. Program berlangsung
pada pukul 10 malam di kafe Desasiswa Fajar Harapan. Program ini telah berlangsung dengan
jayanya kerana mendapat sambutan yang amat baik daripada penghuni desa dari pelbagai kaum. Program ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara penghuni dengan pihak pengurusan Desasiswa Fajar Harapan. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan antara penghuni dengan pihak Majlis Penghuni Desasiswa Harapan. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan terlaksananya majlis ini, diharapkan perpaduan semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan yang berbilang kaum dapat dieratkan.

BARISAN KEPIMPINAN MPDFH 2010/2011


BARISAN MAJLIS TERTINGGI

BARISAN MPDFH 2010/2011

Pada 22 ogos 2010 di Dewan Utama Pelajar, USM telah berlangsung Majlis Pelantikan dan Pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan (MPDFH) sidang 2010/2011. Majlis yang dihadiri oleh Dr. Nik Haslinda Nik Hussain (Penggawa), Dr. Reevany Hj. Bustamy (Penolong Penggawa) dan Dr Rosenany S.M. Anwarul Haque (Felo) , Mantan MPDFH sidang 2009/2010 dan MPDFH sidang 2010/2011. MPDFH diberi nafas baru apabila terdapat beberapa pembaharuan, antaranya penjenamaan semula jawatan Presiden, Naib Presiden 1, Naib Presiden 2,Naib Presiden 3, Setiausaha Agong, Setiausaha Kerja, Bendahari Kehormat, Penolong Bendahari, Ketua Jabatan, Exco, dan Timbalan Exco. Antara Jabatan yang terdapat di MPDFH adalah Keusahawanan Dan Penajaan, Komunikasi Korporat, Akedamik Dan Kerjaya, Sosial Dan Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi, dan Sahsiah Dan Kerohanian.

Saturday, July 10, 2010

PENGGAWA BARU DESASISWA HARAPAN

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA DR. NIK HASLINDA BT. NIK HUSSAIN ATAS LANTIKAN MENJADI PENGGAWA BARU DESASISWA HARAPAN!!!!!!!!

SELAMAT DATANG PENGHUNI BARU DESASISWA FAJAR HARAPAN

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MAHASISWA BARU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KHASNYA PENGHUNI FAJAR HARAPAN SESI 2010/2011!!!!!!!

SEMOGA ANDA SEMUA GEMBIRA DISINI & TERUS BERSAMA UNTUK MENAIKKAN LAGI NAMA DESASISWA FAJAR HARAPAN..

SELAMAT BERGELAR MAHASISWA USM & PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN!!!!

Friday, May 7, 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN


Selamat Bercuti kepada semua penghuni desasiswa Fajar Harapan.
Semoga cuti ini dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Jaga keselamatan dan kesihatan diri.
Kepada yang menjalankan praktikal selamat bekerja.
Kepada senior-senior yang akan berkonvo, semoga berjumpa lagi ketika Pesta Konvo.

SELAMAT BERCUTI & JUMPA LAGI..

Friday, April 30, 2010

PERSARAAN DR. YAHYA

MPDFH 09/10 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih!! kepada Dr. Yahya M Arip atas segala sumbangan dan jasa beliau di Desasiswa Fajar Harapan sepanjang menjadi Penggawa (2004- April 2010). Sesungguhnya segala jasa beliau hanya Tuhan yang dapat membalas..Beliau akan bersara sebagai Penggawa Fajar Harapan pada 30hb April 2010.

MALAM SERIBU HARAPAN





Alhamdullilah dengan berakhirnya Malam Seribu Harapan semalam, maka berakhirlah projek Desasiswa Fajar Harapan pada sidang ini.Tahniah kepada pengarah projek Mar Liana dan penerima-penerima anugerah..



HENTIAN BAS BERBUMBUNG

Untuk makluman semua, perhentian bas berbumbung akan di bina di hadapan Desasiswa Fajar Harapan kelak.. MPDFH 09/10 mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada MPP USM 09/10 atas usaha anda semua. Dan juga ucapan terima kasih buat TNC HEPP (Prof. Omar Osman)


Daripada: Dr.Yahya M Arip dan pengurusan MPDFH 09/10.

Tuesday, April 6, 2010

ACADEMIC & CHARITY PROGRAM BEIJING,CHINA





MPDFH TELAH MENGADAKAN SATU LAWATAN AKADEMIK DAN KEBAJIKAN KE BEIJING, CHINA PADA 29 MAC- 4 APRIL BARU-BARU INI. PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN PENDEDAHAN KEPADA MAHASISWA/I TENTANG CORAK PEMBELAJARAN DI LUAR NEGARA DAN JUGA UNTUK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA UMAT ISLAM DI BEIJING. SERAMAI 30 ORANG PESERTA TELAH MENYERTAI PROGRAM INI.

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPERTI MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL, PERSIDANGAN MEJA BULAT, MENDAKI GREAT WALL DAN BANYAK LAGI.

TAHNIAH KEPADA PENGARAH PROJEK DAN AJK YANG TERLIBAT KERANA BERJAYA MENGANJURKAN PROGRAM INI. SEMOGA PROGRAM INI MENJADI PERINTIS KEPADA PROGRAM-PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARA PADA MASA AKAN DATANG.




Monday, April 5, 2010

KEJAYAAN TOT

TAHNIAH KEPADA BIRO SUKAN DAN REKREASI ATAS KEJAYAAN MERAIH 3 PINGAT PERAK SEMASA TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE-36 BARU-BARU INI. 2 PINGAT PERAK DIRAIH OLEH ATLET WANITA IAITU SITI FATIMAH BT. ABDULL GHAFAR MELALUI ACARA 100M LARI BERPAGAR DAN LOMPAT KIJANG. MANAKALA 1 PINGAT PERAK DISUMBANGKAN OLEH ATLET LELAKI IAITU MOHD ROZAINI ROZAN MELALUI ACARA LEMPAR CAKERA.

TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLET DAN URUSETIA...
CUBA LAGI TAHUN HADAPAN..:)

EARTH HOUR @ FAJAR HARAPAN





Salam 1 Harapan..

Jutaan terima kasih kepada semua penghuni yang bersama-sama bekerjasama bagi menjayakan program EARTH HOUR@ FAJAR HARAPAN....

Hampir 90% penghuni telah memadamkan lampu mereka pada masa tersebut...

Terima kasih kepada Exco MPDFH dan penghuni yang turun ke parking lot bagi menyertai program yang dianjurkan iaitu Kembara Malam..


Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR @ FAJAR HARAPAN

Font size

Salam 1 Harapan..MPDFH akan menyokong program EARTH HOUR@ USM yang akan diadakan pada 27 Mac 2010. Semua penghuni diminta memberi kerjasama dengan menutup lampu mulai jam 9.00 mlm- 10.00 mlm dan berkumpul di tempat letak kereta dihadapan rumah penggawa. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang 1 jam berkumpul. Terima kasih...

Tuesday, March 23, 2010

BBQ 1HARAPAN

Kemuncak sidang 2009/2010 amat terasa sekali. banyak dugaan, cabaran, dan pengalaman telah kita rasai bersama-sama. pelbagai aktiviti telah dilakukan cuma aktiviti kemuncak yang telah menjadi tradisi Majlis Penghuni Fajar Harapan belum dilaksanakan lagi. untuk melengkapkan tradisi tersebut Persatuan "duda dan janda" MPDFH akan mengadakan majlis keramat iaitu BBQ 1HARAPAN untuk meraikan senior-senior yang bakal menamatkan ijazah mereka. oleh itu, dijemput semua penghuni desasiswa fajar harapan khususnya, dan rakan-rakan dari desasiswa lain amnya untuk sama-sama memeriahkan BBQ 1HARAPAN yang akan diadakan pada:
  • tarikh : 4 april 2010
  • masa : 8.30 hingga 12.00 malam
  • tempat : tasik harapan (berdekatan rumah kayak)
  • bayaran : RM 5.00 seorang
Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi:
  • saudara Idzuan Jamaluddin (019-7239469) atau
  • saudari Huda (013-2974115).

TOT la pulok.....,

Debaran temasya olahraga tahunan (TOT), USM kini kian menghampiri kita semua...,
marilah kita sama-sama memeriahkan temasya olahraga tahunan tersebut yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2010. oleh itu, semua penghuni desasiswa fajar harapan digalakkan untuk turun sama-sama memberi sokongan dan turut serta dalam temasya olahraga tahunan teserbut. aktiviti berkaitan TOT mengikut perancangan yang telah ditetapkan ialah:
  • latihan sorakan setiap petang pada pukul 6.00 petang sehingga hari TOT.
  • latihan kawad kaki diadakan pada setiap malam bermula pukul 10.00 malam.
  • pra raptai kawad kaki untuk perbarisan pada 24 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • raptai penuh kawad kaki untuk perbarisan TOT pada 25 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • pembinaan rumah TOT akan dibuat pada 26 Mac 2010 pada pukul 4.30 petang di Stadium Olahraga.

diharap semua penghuni dapat melibatkan diri dalam semua bahagian TOT untuk sama-sama menaikan nama desasiswa fajar harapan ke peringkat yang lebih baik. MAJULAH SUKAN UNTUK HARAPAN:-)

Saturday, March 20, 2010

U RACE

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program U RACE yang julung-julung kali diadakan pada 14 Mac 2010.
Program ini dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan dengan kerjasama pihak Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM.


Thursday, March 11, 2010

KEJEYAAN DPNC

Tahniah kepada team Debat Piala Naib Canselor atas kejayaan merangkul JOHAN DPNC!!!

Sekalung tahniah kepada pendebat iaitu Nur Diyana, Mahfuzah, Mohd.Hazri, Nor Azlan dan Dahrani Chandran...


Tahniah juga kepada team researcher yang bersengkang mata mencari maklumat untuk didebatkan...


Tahniah juga kepada penyokong yang tidak putus2 memberikan sokongn supaya Piala DPNC kembali ke Fajar Harapan...


Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Penggawa, Dr. Yahya Mat Arip. Penolong Penggawa, Dr Nik Haslinda dan Dr. Reevany dan felo Dr. Rosenani...


Tahniah dan Terima Kasih kepada semua!!!!!!!!!!!!!

semaian lestari kasih....

Tahniah dan syabas kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam semaian lestari kasih yang berlangsung pada 21 Feb 2010 bertempat di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas..

Tujuan ini adalah julung-julung kali diadakan dan bertujuan untuk menyemai perasaan kasih sayang dan meningkatkan prestasi kanak-kanak dirumah tersebut..

Program ini diadakan berfasa iaitu setiap 2 minggu sukarelawan akan berkunjung ke Rumah Taman Bakti untuk mengikuti perkembangan merekan serta mengadakan kelas tambahan...
diharapkan usaha ini akan berterusan dan tahniah kepada semua yang menjayakan program ini..

Dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat kita kembali...

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.....

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN
Dari: Pengurusan Desasiswa Fajar Harapan & MPDFH

Thursday, February 4, 2010

BARISAN MPP 09/10

Barisan MPP sidang 2009/2010

Salam Aspirasi...Sesi pemilihan MPP baru sudah pun selesai. Barisan MPP juga sudah dibentuk dengan Saudara Ahmad Wafi dilantik sebulat suara dari kalangan ahli MPP yang menang sebagai Yang DiPertua yang baru. Kini masanya untuk mereka buktikan kemampuan masing-masing sebagai perwakilan pelajar di peringkat tertinggi universiti. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada mereka semua.

1 SISWA, 1 UNIVERSITI, 1 ASPIRASI

TAHNIAH!!!!!!!!!!!!

TAHNIAH KEPADA TEAM LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!
TAYANGAN AMAL LU PIKIRLAH SENDIRI TELAH BERLANGSUNG PADA 30/01/10
MAJLIS TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
TAHNIAH KEPADA PENGARAH PROJEK & PEMANTAU
TAHNIAH KEPADA ALL TEAM MEMBERS

FAJAR HARAPAN BOLEH!!!!!!!!!

ATTENTION TO ALL!!!!!

PERHATIAN..kepada semua penghuni DESASISWA FAJAR HARAPAN sekiranya anda mempunyai masalah pada waktu malam anda boleh ke BILIK GERAKAN MPDFH(atas cafe) mulai minggu ini dan seterusnya..ada exco yang akan bertusgas mulai 8pm-12am...TQ

Tuesday, February 2, 2010

Perhatian Kepada Semua Ahli keluarga MPDFH

Salam,

Bilik gerakan MPDFH akan dibuka bermula jam 2000H hingga 0000H setiap hari.
Jika ada sebarang masalah, anda boleh rujuk ke bilik gerakan.

Terima Kasih

Monday, January 25, 2010

KEJAYAAN PADU

PADU telah diadakan pada 22-24 jan 2010...Desasiswa Fajar Harapan telah menghantar 4 orang pemantun iaitu Intan Nur Shifa, Izwan Ali Imran, Muhd. Sharemy dan siti Noridah.Fajar Harapan telah menjuarai tmpt teratas dalam persaingan liga namun perjuangan thenti diperingkat suku akhir. 3 org pemantun kita telah memasuki carta pemantun terbaik iaitu Intan-No.1,Sharemy-No.3 dan Izwan-no.6,tahniah kepada semua pemantun!!!

Friday, January 22, 2010

LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


KEPADA SEMUA PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN, MAJLIS PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN AKAN MENGANJURKAN TAYANGAN AMAL FILEM PERDANA LU PIKIRLAH SENDIRI PADA 30 JANUARI 2010 , SABTU JAM 5.30 P.M DAN 8.30 P.M. TIKET BERHARGA RM 6.OO DAN CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN. TIKET-TIKET BOLEH DIDAPATI DI FOYER DK N DAN DK L PADA HARI SELASA HINGGA JUMAAT. SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI FARAH-017 9285138.

CITRAWARNA & FESTIVAL TARI

Kepada semua EXCO dan PENGHUNI FAJAR HARAPAN, program CITRAWARNA akan ditangguhkan pada semester ini. Manakala Festival Tari DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu.
HARAP MAAF. TERIMA KASIH.

Tuesday, January 19, 2010

"SISWA MENGGUGAT"

Mari sama-sama saksikan Mohammad Shafiq , mantan YDP MPP USM menjadi panel jemputan Suara Siswa, bertajuk "SISWA MENGGUGAT". Siaran langsung di TV1,jam 10.00 mlm, selasa 19/01/10 . Beliau akan berdiskusi mengenai idea parlimen mahasiswa.. Jangan lupa saksikan...

Monday, January 18, 2010

MALAM SERIBU HARAPAN

Perhatian!!kepada exco dan PE yang terlibat dalam saketeriat MALAM SERIBU HARAPAN: satu perjumpaan akan diadakan pada mlamini ISNIN 18/01/10 jam 9.00 mlm di bilik mesyuarat FAJAR HARAPAN.Kehadiran diwajibkan..harap maklum....

Sunday, January 17, 2010

PERHATIAN!!

PERHATIAN!! kepada semua EXCO MPDFH, bilik gerakan MPDFH akan ditutup atas sebab-sebab tertentu mulai malam ini AHAD, 17/1/2010...dan akan dibuka pada tarikh yang akan diberitahu kelak...sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan kepada YDP MPDFH Muhammad Nur Hapis Abdullah...harap maklum...

Monday, January 11, 2010

TERIMA KASIH MPPUSM

Tuesday, January 5, 2010

MEETING PENTING!!!

Perhatian!! Kepada semua MT dan Exco MPDFH 09/10, (06/Januari/2010) akan diadakan meeting bersama pihak pengurusan - Penggawa, Pen. Penggawa dan Felo pada jam 10mlm di bilik meeting..kehadiran adlah WAJIB..harap maklum..tq..