Pages


Wednesday, September 1, 2010

UCAPAN PRESIDEN MPDFH

Salam 1 Harapan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya Majlis Penghuni
Desasiswa Fajar Harapan 10/11 berjaya ditubuhkan dengan rasminya pada 22 Ogos 2010
selepas berlangsungnya majlis pembubaran MPDFH 09/10 seterusnya watikah pelantikan
untuk MPDFH 10/11. Saya amat berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak pengurusan Dr. Nik Haslinda Nik Hussain (Penggawa), Dr. Reevany Hj. Bustamy
(Penolong Penggawa) dan Dr. Rosenany S.M. Anwarul Haque (Felo) atas kepercayaan
pihak pengurusan untuk mengamanahkan MPDFH 10/11 kepada saya dan para Majlis
Tertinggi (MT) berserta exco-exco dan timbalan exco yang baru sahaja dilantik yang saya
ibaratkan sebagai jari-jari tangan. Kami semua akan saling bekerja bukan mengira jawatan tetapi atas dasar cinta akan desa dan menjunjung aspirasi universiti. Kami akan sama-sama bekerja dan saya amat memerlukan MPDFH untuk sama-sama berkhidmat untuk memastikan kebajikan penghuni desa dapat dijaga dengan sebaik-baiknya kerana kebajikan penghuni adalah keutamaan MPDFH 10/11. Tidak lupa juga kepada semua mantan-mantan MPDFH 09/10 yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mengendalikan MPDFH.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang sudi berkhidmat untuk MPD dan setiap pengalaman yang kita lalui dijadikan sebagai teladan dan pengalaman yang mematangkan.

Sekian,
Mengekalkan Tradisi, Menerajui Modenisasi, Melakukan Transformasi.

0 comments: