Pages

Friday, February 24, 2012

Tahniah Kepada Pembantu Exco Baru Sidang 2011/2012

Salam Transformasi Harapan!

Pada 21 dan 22hb february 2012 telah berlangsungnya sesi temuduga untuk mencari pembantu exco yang baru. 10 orang telah berjaya terpilih sebagai PE yang baru. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan bagi mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada sidang akan datang. Harapan sentiasa membuka peluang kepda penghuninya untuk berbakti kepada desa tercinta. Diharap kehadiran PE baru dapat memberikan impak yang lebih besar dalam setiap projek yang akan berlansung untuk semester baru ini.

Tahniah diucapkan!

Thursday, February 23, 2012

Selamat Kembali Ke Semester Baru Sidang 2011/2012

Salam 1 Harapan kepada semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada semua penghuni Harapan yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lepas. Bagi yang kurang bernasib baik, ayuh kita bersama-sama berjuang kembali untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Jangan jadikan kegagalan lepas sebagai batu penghalang untuk kita berjaya pada hari esok.

Semoga perjalanan kita pada semester baru ini berjalan lancar. Tunjukkan pada semua yang kita penghuni Fajar Harapan tetap semangat dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan.

Gudluck with new challenge! ^_^