Pages


Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS MOREH



Pada 21 ogos yang lalu bersamaan 11 Ramadhan 1431H telah berlangsungnya program moreh
iaitu program pertama anjuran Majlis Penghuni Desasiswa fajar harapan. Program berlangsung
pada pukul 10 malam di kafe Desasiswa Fajar Harapan. Program ini telah berlangsung dengan
jayanya kerana mendapat sambutan yang amat baik daripada penghuni desa dari pelbagai kaum. Program ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara penghuni dengan pihak pengurusan Desasiswa Fajar Harapan. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan antara penghuni dengan pihak Majlis Penghuni Desasiswa Harapan. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan terlaksananya majlis ini, diharapkan perpaduan semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan yang berbilang kaum dapat dieratkan.

0 comments: