Pages


Sunday, June 3, 2012

Study Week

Salam Harapan kepada semua penghuni!! Tepat hari jumaat yang lepas bersamaan 1 Jun 2012 telah bermulanya cuti kita..tapi cuti bermakna la,ye x?haha...minggu study week ni lah mse nye kita nak relek2 baca buku tanpa gangguan kuliah or tuto yang membosankan..ngeh3..(well,kalo ikut org yg b'cerita ni la..xtaw la kot2 hangpa punya kelas menyeronokkan!!)..baguih la kalo seronok..hehe.. well, diharap berjaya lah kita semua menghabiskan segala chapter yang bakal keluar dalam final nanti..bagi sesiapa yang xde paper final, selamat merdeka diucapkan sekarang..n for sesapa yang berlambak paper finalnye(sama mcm saya), ready2 kan lah segala ilmu yg perlu utk m'jawab segala p'masalahan paper final nanti..jgn korang tanya balik soalan final 2 dah la..mkne nye,xstudy la 2 ye x?kui3.. nway, nak ucapkan gudluck to all n hope we'll be fine to answer all the question..don't leave your paper blank..if u don't know how to answer, just write anything..haha..sounds like teacher la pulok!!itu pesan sir azmi saya dalam kelas operating system..hehe.. emmm...tu jela kot..pale pon tgh pusing2 ni ngadap laptop dr pg smpi la ni dh kul 5 pg blk..adoi!!so, korang buat elok2 masa final keyh?gudluck!! ALL THE BEST TO ALL....>_<..

Tuesday, May 29, 2012

Baju Harapan..*__*

Salam, sesiapa yang xde lagi baju tot, boleh la contact mne2 MPD utk beli bju ni..dijual dgn harga RM6 je..please,ramai2 support fajar harapan dgn memakai bju ni..hehe..(kat harapan fb ada dijual gak)...

Monday, May 28, 2012

Laporan Aktiviti Mei 2012

Salam Harapan! Korang semua..ari ni kita nak menyembang lagi dengan aktivit yang baru je dijalankan dalam bulan ni gak..Well, ada 2 aktiviti yang telah berlansung dengan jayanya. Pertamanya : Pada 18-20 mei ada Temasya Olahraga Tahunan yang ke 38..Berita gembira bila kita berjaya merangkul 2 emas ( 1500m (L) & 800m (L) ), Perak (Rejam Lembing (W) ), Gangsa ( Lompat Tinggi (W) ) dan anugerah 3 rumah TOT terbaik ( xsia-sia dr nik pakai kain batik malam tu dgn sume org kg..haha..korang mmg sempoi!)..1 pencapaian yang amat membanggakan..Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung terutamanya sekretariat TOT, peserta2 dan pengarah projek TOT-Ronoer A Ahong..tak sia-sia kami suma bergaduh dan marah2 sesama sendiri..haha..terima kasih yang tak terhingga juga kepada penyumbang emas FH ( Soh Sin Siang) yang sudi bertanding atas nama fajar harapan. diharapkan agar beliau akan terus setia berjuang bersama fajar harapan bagi sidang yang akan datang.
Ooo...ok..lepas tu, kita ada Dinner MPDFH sidang 2011/2012..ternyata malam itu penuh dengan kenangan yang menggembirakan.. Anugerah khidmat cemerlang turut diumumkan kepada exco2 yang banyak menyumbang bakti dan memberikan sepenuh komitmen terhadap semua aktivit fajar harapan yang berlansung dari dulu hingga kini. Senarai pemenangnya ialah : Projek desa Terbaik ( Semaian Lestari Kasih), Projek U Terbaik ( PADU ), Pengarah projek terbaik : Zakiah Hanum ( SUKAD ), Timbalan Exco terbaik 1 : Suria bt Tumaming, Timbalan Exco terbaik 2 : Nurfatila bt Sa'sahri, Exco Terbaik (L) : Mohd Firdaus & Helmy, Exco Terbaik (P) : Faridatulakmal( acik) & Nurlily, Pemantau Terbaik : Mohd fauzi, Jabatan Terbaik : Sukan dan Rekreasi, Anugerah Bintang Harapan : Khodijah (eja) & Nur Amirah (Mira), anugerah seri setia : kak fuzah & abg taufiq, anugerah khas penggawa : Nur Mastura & Afiq dan anugerah King dan Queen ialah : Afiq dan Kak fuzah..Diharap semuanya berpuas hati dengan keputusan yang telah ditetapkan.. Ops!lupa lak, malam tu ada sambutan birthday 2 keluarga mpdfh iaitu kak fuzah n ridayu..kemain lagi 2 org tu potong kek..untung nya ramai yang celebrate..huhu.. Well, 2 je yg nak diceritakan dalam post ni..harap2 ada lagi la kesempatan untuk kita bercerita panjang dengan penghuni2 semua..Peace yo....*__*

Thursday, April 19, 2012

[Hebahan] ~ PERMOHONAN DESASISWA BAGI SIDANG AKADEMIK 2012/2013

Salam Transformasi Harapan! Kawan2..jangan lupa untuk memohon desasiswa pada sidang hadapan. Sila baca pengumuman ini : Permohonan desasiswa perlu dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi "Campus Online" bagi pelajar Ijazah Pertama sahaja. Berikut adalah beberapa tarikh penting untuk makluman dan tindakan: Tarikh akhir untuk kemaskini data MyCSD : 29 April 2012 Tempoh permohonan : 17 April – 2 Mei 2012 Keputusan permohonan : 18 Mei 2012 Tempoh rayuan : 18 Mei – 1 Jun 2012 Keputusan rayuan : 11 Jun 2012 *Keputusan permohonan akan dibuat berdasarkan jumlah unit Desa yang terkumpul. *Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Kaunter Penerangan UPPU yang dibuka mulai 16-19 April 2012 di Foyer DK G. Yang menjalankan tugas, Wan Zahidah Wan Sulaiman Exco Majlis Perwakilan Pelajar 2010/11 p/s : c&p.

Bilik Study telah dibuka!

Salam Harapan! Kepada penghuni blok perempuan F25, bermula malam ini..bilik study telah dibuka dan sedia untuk digunakan. anda boleh mula menggunakan bilik study ini pada pkul 8-12 tgh malam saja..sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada ketua blok F25 iaitu Ridayu Ahmad & Nurfatila Sa'sahri...sekian terima kasih

Temasya Olahraga Tahunan 2012

Salam penghuni sekalian! Tak lama lagi akan berlansungnya Temasya Olahraga Tahunan kali yang ke-38. Diharapkan agar kali ini kita berjaya memenangi banyak pertandingan yang akan diadakan nanti. Sekiranya ada yang berminat untuk menawarkan diri sebagai peserta TOT 2012 adalah dialu-alukan.

Karnival Olahraga Desasiswa Fajar Harapan 2012

Perhatian penghuni Desasiswa Fajar Harapan yang disayangi ye.. Minggu depan akan diadakan satu karnival olahraga bertujuan untuk memilih atlit-atlit yang terbaik dalam desa Harapan ni untuk dijadikan peserta Temasya Olahraga Tahunan (TOT) pada bulan Mei akan datang. Jika anda berminat, boleh la mendaftar dengan memberi nama kepada exco sukan sebelum sabtu minggu depan bersamaan 28 April 2012. Detail seperti berikut :

Pencarian peserta PADU ( Pantun antara Desasiswa)

Salam semua! Tak lama lagi akan ada Pertandingan Pantun Antara Desasiswa Universiti ( PADU ). Sekiranya ada yang berminat untuk join, boleh la bagi nama kat pengarah projek PADU. TEMA PERTANDINGAN PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA (PADU 2012) Kelayakan Liga Perlawanan/ Pusingan Pelawanan Pertama Perlawanan Kedua Perlawanan Ketiga 1 Adat Nasihat Kesihatan 2 Isu Semasa Kasih Sayang Telekomunikasi 3 Budi Peribahasa Belia Perlawanan suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan empat serta akhir Perlawanan/ Pusingan Suku Akhir Separuh Akhir Tempat Ketiga dan Keempat Akhir 1 Inovasi Jenayah Sejarah Negara Kelestarian 2 Transformasi Hak Asasi Patriotisme Integriti USM Manusia 3 Terbilang Undang-Undang Keamanan Negara PerananSiswa Negara

Semangat Baru Harapan!

Assalamualaikum, Lama rasanya kehilangan jejak berita Fajar Harapan yang lama ditunggu oleh penghuni desa. Di sini, admin ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas kelalaian menguruskan blog ini sehingga sunyi sesunyinya tanpa kabar berita terbaru. Namun begitu banyak sebenarnya perkara yang ingin dikongsi bersama penghuni dalam ruangan ini. Cuma tiada kesempatan masa untuk update..hehe..sorry YDP! Ok,back to the main topic! Dalam sedar tidak sedar, sudah banyak aktiviti yang dijalankan oleh desa Harapan. Antaranya : 1) SUKAD fasa 3 & DPNC yang diadakan di kampus kesihatan Kubang Kerian pada 8-11 Mac 2012. 2) SUKAD fasa 4 di kampus induk pada 23-25 Mac 2012. 3) Aman Kampus & Earth Hour di kampus induk pada 31 Mac 2012 4) Semaian Lestari Kasih (SLK)fasa 1 di Rumah Anak Kesayangan, Bayan Lepas pada 7 April 2012. 5) Pentas Hastari yang masih lagi dijalankan sehinggan semenjak semester 2 dibuka. Aktiviti-aktiviti di atas akan diberi report penuh dalam post akan datang. Diharap penghuni desa Harapan akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada setiap aktivit yang akan dijalankan dari masa ke semasa. (*_*)..

Friday, February 24, 2012

Tahniah Kepada Pembantu Exco Baru Sidang 2011/2012

Salam Transformasi Harapan!

Pada 21 dan 22hb february 2012 telah berlangsungnya sesi temuduga untuk mencari pembantu exco yang baru. 10 orang telah berjaya terpilih sebagai PE yang baru. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan bagi mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada sidang akan datang. Harapan sentiasa membuka peluang kepda penghuninya untuk berbakti kepada desa tercinta. Diharap kehadiran PE baru dapat memberikan impak yang lebih besar dalam setiap projek yang akan berlansung untuk semester baru ini.

Tahniah diucapkan!

Thursday, February 23, 2012

Selamat Kembali Ke Semester Baru Sidang 2011/2012

Salam 1 Harapan kepada semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan.

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada semua penghuni Harapan yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lepas. Bagi yang kurang bernasib baik, ayuh kita bersama-sama berjuang kembali untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Jangan jadikan kegagalan lepas sebagai batu penghalang untuk kita berjaya pada hari esok.

Semoga perjalanan kita pada semester baru ini berjalan lancar. Tunjukkan pada semua yang kita penghuni Fajar Harapan tetap semangat dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan.

Gudluck with new challenge! ^_^