MAJLIS TERTINGGI MPDFH 2010/2011

MAJLIS TERTINGGI MPDFH 2010/2011

Tuesday, December 20, 2011

Aktiviti Fajar Harapan sidang 2011/2012

TARIKH AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN
9,10,11 Dec 2011 SUKAD Fasa II. Kampus Kejuruteraan, USM
17 Dec 2011 Karnival Sukan Harapan Fasa II
2,3 Mac 2012 Tilawah Al-Quran
Mac 2012 DPNC - Debat Piala Naib Canselor
PADU – Pantun Antara Desasiswa Universiti
Mei 2012 TOT – Temasya Olahraga Tahunan

*Penglibatan anda amatlah dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan wakil MPDFh

D’HARAPAN RECYCLE STORE

Baru-baru ini MPDFH 11/12, telah membuka kedai D’Harapan Recycle Store yang bertempat di kafe Fajar Harapan (i-Desa). Kedai ini menyediakan perkhidmatan recycle paper, Photostat, printing, banner dan lain-lain. Masa beroperasi adalah 10pagi-5petang. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Mari lah, datang beramai-ramai ke kedai D’Harapan Recycle Store.

Dari kaca mata seorang gaga…

>>Oleh: misareen@gmail.com

Salam u’olls.. Mesti korang ingat gaga nak citer pasal yang pedas2 je kan..bunyi je camtu. Hakikatnya, gaga nak citer pasal isu semasa yang tak berapa panas je..bukan apa, ni kan folio pertama daripada kacamata seorang gaga..ha,mula-mula sekali mesti korang nak tau siapakah gaga?kan?ke tak nak tau?tak pelah macam tu. Sesungguhnya biarlah gaga menjadi seorang yang low PRO-file.ngeh3..ok,selesai sesi perkenalan.
Satu isu yang ingin dibincangkan dalam edisi Bulletin Ombak kali ini ialah…..jeng..jeng..jeng..isu anjing. Isu anjing?huh!bosannya.. memang pun. Gaga setuju je kalau korang nak cakap isu ni membosankan. Kita semua tau, anjing dan fajar tak dapat dipisahkan. Di mana ada fajar, maka di situ juga lah anjing-anjing berkumpul. Eh,bukan gaga nak cakap yang kita dan anjing hidup sebumbung walaupun itulah hakikatnya. Bukan..Tapi dah anjing tu suka duduk kat fajar nak buat macam mana ye tak? Tapi apa yang paling membosankan bila kita dan anjing sama-sama bersenam setiap malam. Mana taknye, asal nak pergi toilet je malam-malam, mesti anjing tengah dok cari makanan dalam tong sampah. Pastu, kadang-kadang nampak anjing kat pantry. Mungkin dia haus dan perlukan air, itu gaga tak tau la. Yang tak syok nya, bila anjing tu nampak kita dok ngintai dia, tak pun terserempak ngan dia, mesti dia kejar. Adakah pandangan mata kita tu seakan-akan mengajak dia berlari bersama-sama kita? Itu kena tanya tuan empunya diri.
Persoalannya sekarang, apa yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan isu anjing ni semakin berleluasa? Kadang-kadang kalau kita tengok setiap pagi masa subuh tu, mesti tong sampah dah jatuh. Sampah dalam tu tak payah cakap la, mesti la dah tak ada dalam tong sampah ye tak? Apakah benda yang dicari oleh anjing dalam tu? Mestilah makanan yang berupa tulang.agaknya..jadi, kita sebagai penghuni fajar, seharusnya setiap kali selesai makan, ikat plastik makanan kita tu ketat-ketat dan buang ke dalam tong sampah. Kalau tong sampah dah penuh, biasanya makcik cleaner akan tinggalkan plastik sampah lebih dekat kerusi. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk buka plastik baru dan masukkan sampah yang bertaburan ke dalam plastik baru. Kan lebih harmoni dipandang oleh-oleh anjing-anjing yang ada di fajar ni. Tidaklah fajar ni tercemar dengan sampah sarap yang di recycle balik oleh anjing-anjing fajar. Maka, tiadalah adegan kejar-mengejar dalam fajar. Eh, cakap pasal kejar-mengejar, korang kalau jumpa anjing, jangan jerit dan lari tau. Bukan apa, selalunya kalau lari mesti anjing kejar. Ada orang cakap kalau nak halau anjing, jerit kat dia, nanti cepat-cepat diorang lari ketakutan. Gaga pernah cuba jerit gak dulu, tapi anjing tu jerit balik kat gaga. Kalau jerit je takpe gak. Tak puas hati, dia gigit kaki gaga pulak. Ok ,fine! Gaga dah tak peduli dan terus lari dari situ. Jadi, apa yang korang perlu lakukan,cuma senyum je dekat anjing tu dan perlahan-lahan pergi dari situ macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bagi siapa-siapa yang berani, bolehlah jerit balik kat anjing tu.
Selain itu, pihak MPDFH ada memanggil jabatan yang berkenaan untuk menghalau anjing tapi nampaknya isu ni masih tak dapat diselesaikan. Jadi, gaga nak minta pendapat korang sekiranya ada apa-apa cadangan bagi menghilangkan kewujudan anjing ni, apakata korang hantar komen ke facebook fajar ( Majlis Penghuni Desasiswa Fajar harapan). Setiap komen yang bernas akan di “suka” oleh gaga ye. Dan sekiranya cadangan terbaik berjaya diperolehi, maka yang bernasib baik itu akan menerima hadiah yang agak istimewa. Okey tak? Ini betul-betul tau, bukan main-main. Akhir kata, kaca mata gaga sentiasa mengekori gerak langkah anda..bye!

Anda tanya?Kami jawab.

>>Oleh: misareen@gmail.com

Tahukah anda? Fajar Harapan mempunyai laman facebook sendiri iaitu Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan. Tujuan laman ini dibuka adalah untuk memastikan kita sebagai penghuni Fajar sentiasa berhubung memandangkan kita semua terlalu sibuk dengan sesi pembelajaran di waktu petang. Objektif utama penubuhannya adalah sebagai medium untuk kita semua berbincang, memberi pendapat dan cadangan bagi memastikan Harapan sentiasa dalam keadaan yang harmoni. Dengan cara ini juga, setiap aduan dapat didengar oleh semua dan jalan penyelesaiannya juga dapat dicapai dengan cepat. Kami warga MPDFH mengharapkan agar kita semua dapat bersatu padu bagi memastikan setiap kejayaan dikecapi bersama dan meningkatkan semangat kefajaran dalam diri anda semua. Sekiranya anda mempunyai apa-apa permasalahan di dalam bilik, kafe, tandas, bilik tv, surau, pantry, dan mana-mana lagi tempat yang kami tidak tahu, dan anda sudah laporkan ke pejabat namun tidak dapat kata putus, sila bincangkan di dalam facebook MPDFH. Kami akan cuba untuk menjawab dan membantu mana-mana permasalahan. Bagi sesi soal jawab yang menarik, kami akan masukkan ke dalam Bulletin Ombak bagi keluaran yang akan datang di bahagian “Anda tanya?Kami jawab” ini. Diharap ruangan ini akan mendapat perhatian daripada warga Fajar Harapan.

Booth MPDFH di Expo RKM

>>Oleh: misareen@gmail.com

Salam, buat warga Fajar Harapan. Baru-baru ini Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) telah mengadakan expo amal di padang kawad, USM. Banyak gerai yang telah dibuka dan Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan telah mengambil bahagian dalam expo tersebut dengan menjual Ice-Blended dan jagung cawan. Walaupun sambutan yang diterima tidak begitu menggalakkan namun kita harus berbangga kerana dapat mengikuti program amal ini. Booth Fajar telah dijaga oleh ahli MPDFH secara bergilir-gilir. Terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana turut bersama menjayakan program ini. Diharap lebih ramai lagi ahli MPD yang akan terlibat dalam program amal seperti ini.

BARISAN MAJLIS PENGHUNI DESASISWA FAJAR HARAPAN(MPDFH)11/12.

MAJLIS TERTINGGI

JAWATAN NAMA NO.TEL
PRESIDEN MOHAMAD IDHAM BIN ILIAS 013-4251235
TIMBALAN PRESIDEN I NUR MASTURA BINTI HASAN 019-5196399
TIMBALAN PRESIDEN II MOHD FAUZI BIN ROSLI 013-5226003
TIMBALAN PRESIDEN II TUAN AFIQ BIN TUAN MUD 019-3787560
SETIUSAHA AGUNG FATIN NAJIAN BINTI AHMAD MALIKI 019-4142287
SETIUSAHA KERJA NUR AMIRAH BINTI ISMAIL 017-6814459
BENDAHARI KEHORMAT AZRUL SYAHMI BIN ABDUL RAZAK 013-4458746
PENOLONG BENDAHARI NUR AFIQAH BINTI REDZUAN 013-5883380

EXCO-EXCO
NAMA JAWATAN NO.BILIK
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ZULKEFLI KETUA EKSEKUTIF
(BISNES DAN CSR) F26/027
NURLINA BINTI MD HATAR EXCO F25/136
MOHD HAFIZ BIN ABDUL MALEK EXCO F26/212
MOHD AKMAL BIN MD MUSLIM EXCO F26/116
SITI ASIAH BINTI MOHDYUSOF EXCO F25/122
ZAKIAH HANUM BINTI OSMAN KETUA EKSEKUTIF
(SUKAN DAN REKREASI) F25/045
NUR FADILAH BINTI SAAT EXCO F25/045
FARIDATUL AKMAL BINTI BAHARIM EXCO F25/015
RONOER A AHONG EXCO F26/107
SITI ATIQAH BINTI MAH HASAN EXCO F25/120
NOR HIDAYAH BINTI MOHD NOOR KETUA EKSKUTIF
(AKADEMIK DAN PENGANTARABANGSAAN) F25/120
NORLILI BINTI AB WAHAB EXCO F25/222
MUHAMMAD FADLI BINTI SELAMAT EXCO F26/214
RAVIKUMARAN A/L KANISAN EXCO F26/102
NUR SOFIAH BINTI TUGERAN EXCO F25/018
DELIMA NUR BINTI AZAHAR EXCO F25/005
IDA FARHANA BINTI MOHAMMAD KHASNAN EXCO F26/019
KHAIRUNNISA’ BINTI ADRUS EXCO F26/015
NURUL IZZAH BINTI AHMAD RUSHDI EXCO F26/224
MASYITAH BINTI KASIM KETUA EKSEKUTIF
(PERSEKITARAN DAN KESEJAHTERAAN) F25/019
ATHIRAH BINTI ABDULLAH EXCO (KAFE) F25/005
SITI ROBEATULRIDAYU BINTI AHMAD EXCO (KETUA BLOK P) F25/128
MOHD HELMY BIN OMAR EXCO (KETUA BLOK L) F26/038
ADIBAH BINTI ISMAIL KETUA EKSEKUTIF (KESUKARELAAN DAN KEROHANIAN) F25/055
KHODIJAH BINTI MOHD KHUSERI EXCO F25/113
AILEEN LAU LIANG SING EXCO F25/209
AHMAD BIN BASSI EXCO F26/027

HARI INTERAKSI MPDFH 11/12

>>Oleh: nurulcomey37@gmail.com

Hari interaksi MajlisPenghuni Desasiswa Fajar Harapan (MPDFH) telah dijalankan pada 29 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2011. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bersempena hari tersebut bagi meraikan ahli-ahli baru dalam keluarga MPDFH. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ‘Hope Survival. Aktiviti ini membabitkan semua ahli baru dan juga ahli majlis Tertinggi MPDFH. Semua ahli dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk mengumpul dana tabung MDPFH. Sebanyak tiga kumpulan telah ditugaskan untuk mengumpul dana bertempat di Kompleks Bukit jambul manakala 3 kumpulan yang lainnya ditempatkan di Queensbay Mall. Mereka telah menjalankan aktiviti seperti bekerja dan mengambil upah untuk melakukan sesuatu. Terdapat juga kumpulan yang bekerjasama menjual keronsang dan air. Dengan pembabitan dalam aktiviti sebegini, MPDFH bukan sahaja telah dapat mengumpul dana sebanyak RM200, tetapi dapat mengeratkan perhubungan dan persahabatan dalam kalangan ahli MPDFH. Pada hari terakhir hari interaksi MPDFH pula, semua ahli baru telah diajar tentang cara-cara menulis ketas kerja projek. Pada sebelah malamnya pula, ahli baru telah di beri sijil watikah perlantikan exco MPDFH bagi sessi 2011/2012 yang dirasmikan oleh Pemangku Penggawa Desasiswa Fajar Harapan, Dr. Reevany Bustami.