Pages


Tuesday, March 23, 2010

TOT la pulok.....,

Debaran temasya olahraga tahunan (TOT), USM kini kian menghampiri kita semua...,
marilah kita sama-sama memeriahkan temasya olahraga tahunan tersebut yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2010. oleh itu, semua penghuni desasiswa fajar harapan digalakkan untuk turun sama-sama memberi sokongan dan turut serta dalam temasya olahraga tahunan teserbut. aktiviti berkaitan TOT mengikut perancangan yang telah ditetapkan ialah:
  • latihan sorakan setiap petang pada pukul 6.00 petang sehingga hari TOT.
  • latihan kawad kaki diadakan pada setiap malam bermula pukul 10.00 malam.
  • pra raptai kawad kaki untuk perbarisan pada 24 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • raptai penuh kawad kaki untuk perbarisan TOT pada 25 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • pembinaan rumah TOT akan dibuat pada 26 Mac 2010 pada pukul 4.30 petang di Stadium Olahraga.

diharap semua penghuni dapat melibatkan diri dalam semua bahagian TOT untuk sama-sama menaikan nama desasiswa fajar harapan ke peringkat yang lebih baik. MAJULAH SUKAN UNTUK HARAPAN:-)

0 comments: