Pages


Tuesday, December 20, 2011

Booth MPDFH di Expo RKM

>>Oleh: misareen@gmail.com

Salam, buat warga Fajar Harapan. Baru-baru ini Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) telah mengadakan expo amal di padang kawad, USM. Banyak gerai yang telah dibuka dan Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan telah mengambil bahagian dalam expo tersebut dengan menjual Ice-Blended dan jagung cawan. Walaupun sambutan yang diterima tidak begitu menggalakkan namun kita harus berbangga kerana dapat mengikuti program amal ini. Booth Fajar telah dijaga oleh ahli MPDFH secara bergilir-gilir. Terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana turut bersama menjayakan program ini. Diharap lebih ramai lagi ahli MPD yang akan terlibat dalam program amal seperti ini.

0 comments: