Pages


Tuesday, December 20, 2011

Anda tanya?Kami jawab.

>>Oleh: misareen@gmail.com

Tahukah anda? Fajar Harapan mempunyai laman facebook sendiri iaitu Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan. Tujuan laman ini dibuka adalah untuk memastikan kita sebagai penghuni Fajar sentiasa berhubung memandangkan kita semua terlalu sibuk dengan sesi pembelajaran di waktu petang. Objektif utama penubuhannya adalah sebagai medium untuk kita semua berbincang, memberi pendapat dan cadangan bagi memastikan Harapan sentiasa dalam keadaan yang harmoni. Dengan cara ini juga, setiap aduan dapat didengar oleh semua dan jalan penyelesaiannya juga dapat dicapai dengan cepat. Kami warga MPDFH mengharapkan agar kita semua dapat bersatu padu bagi memastikan setiap kejayaan dikecapi bersama dan meningkatkan semangat kefajaran dalam diri anda semua. Sekiranya anda mempunyai apa-apa permasalahan di dalam bilik, kafe, tandas, bilik tv, surau, pantry, dan mana-mana lagi tempat yang kami tidak tahu, dan anda sudah laporkan ke pejabat namun tidak dapat kata putus, sila bincangkan di dalam facebook MPDFH. Kami akan cuba untuk menjawab dan membantu mana-mana permasalahan. Bagi sesi soal jawab yang menarik, kami akan masukkan ke dalam Bulletin Ombak bagi keluaran yang akan datang di bahagian “Anda tanya?Kami jawab” ini. Diharap ruangan ini akan mendapat perhatian daripada warga Fajar Harapan.

0 comments: