Pages

Tuesday, October 27, 2009

Suka duka sepanjang sem 1 pada sidang 2009/2010 hampir kepada penghujungnya. Hampir 17 minggu kita melalui minggu pembelajaran berbagai dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi. Jika sebelum ini kita dihujani dengan pelbagai tugasan asigment, pretation, test dan sebagainya, tidak kurang juga dengan aktiviti luar seperti aktiviti desa dan universiti, tetapi sekarang ini kita perlu menghadapi erti peperangan yang sebenar sebagai pelengkap menjadi seorang pelajar. Apa yang dimasudkan ialah peperiksaan akhir yang akan menilai sejauh mana tahap pemahaman kita semasa belajar sebelum ini.

Ambang peperiksaan kian menghampiri setiap individu yang bergelar pelajar, oleh itu manfaatkanlah minggu "study weak" ini dengan sebaiknya supaya kita dapat membuktikan kepada orang lain bahawa kita mampu melakukan. Saya menyeru kepada diri saya dan seluruh penghuni desasiswa fajar harapan, terutamanya yang membaca ruangan blog ini supaya mempersiapkan diri untuk pergi berjuang di medan peperiksaan. Jangan mengalah sebelum berjuang kerana sifat seorang perjuang tidak boleh takut dengan cobaan, halangan mahupun kegagalan. Kerna setiap kegagalan itu akan mematangkan pemikiran.

TIPS2 PEPERIKSAAN:
SEBELUM: - membuat ulang kaji
- menjaga kesihatan
- sediakan slip peperiksaan
- pastikan tarikh, masa, dan tempat untuk peperiksaan dengan betul

SEMASA: - bawa bersama slip peperiksaan dan kad matrik ke dalam dewan peperiksaan
- hadir awal 20 minit sebelum peperiksaan bermula
- pastikan angka giliran dan tempat duduk anda betul
- sebelum membuka kerta peperiksaan mulakan dengan Bismillah dan berdoa bagi
yang muslim.
- ikut arahan pengawas peperiksaan

SELEPAS: - berdoa
- bertawakal kepada ALLAH S.W.T dan yakin bahawa anda telah melakukan yang
terbaik setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan kerjayaan yang cemerlang buat kita semua.
AMIN...,
GOOD LUCK FOR EXAM......., :-) GO2 CAYOK2 Image as described above.

0 comments: