Pages


Thursday, November 26, 2009

Program Bakti Siswa Di Pahang

Salam,

Kepada yang terlibat dengan Bakti Siswa Di Pahang, jangan lupa balik pada 30/11/2009..

Monday, November 2, 2009

SELAMAT MAJU JAYA
INILAH PERTEMPURAN YANG SEBENAR YANG HARUS KITA TEMPUHI
JADI JANGAN SIA-SIAKAN PERJUANGAN KITA SEBELUM INI
TERUSKAN BERJUANG SEMOGA MENCAPAI KEMENANGAN
PEPERIKSAAN AKHIR ADALAH PENENTU SEGALANYA
SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK KITA SEMUA
INSYAALLAH...
DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN
GOOD LUCK!!!

final exam kini bermula

Muhammad Nur Hapis - Yang Di Pertua MPDFH 09/10

salam tinta buat semua..

Di sini saya Muhammad Nur Hapis Bin Abdullah ingin memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang saya mentadbir Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10 ada melakukan kesalahan, terlanjur kata, gerak badan atau gaya yang menyakitkan atau sebagainya..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.. saya juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada semua MT, Exco dan juga penghuni Fajar Harapan khususnya dan juga warga USM amnya..moga kita dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya..moga keputusan peperiksaan yang kita perolehi adalah cemerlang..selamat berjaya untuk semua..Chaiyok!! Chaiyok!! Minna Gambatte Ne!!!
salam ikhlas,
Muhammad Nur Hapis
YDP MPDFH 09/10 :-)

Tuesday, October 27, 2009

Suka duka sepanjang sem 1 pada sidang 2009/2010 hampir kepada penghujungnya. Hampir 17 minggu kita melalui minggu pembelajaran berbagai dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi. Jika sebelum ini kita dihujani dengan pelbagai tugasan asigment, pretation, test dan sebagainya, tidak kurang juga dengan aktiviti luar seperti aktiviti desa dan universiti, tetapi sekarang ini kita perlu menghadapi erti peperangan yang sebenar sebagai pelengkap menjadi seorang pelajar. Apa yang dimasudkan ialah peperiksaan akhir yang akan menilai sejauh mana tahap pemahaman kita semasa belajar sebelum ini.

Ambang peperiksaan kian menghampiri setiap individu yang bergelar pelajar, oleh itu manfaatkanlah minggu "study weak" ini dengan sebaiknya supaya kita dapat membuktikan kepada orang lain bahawa kita mampu melakukan. Saya menyeru kepada diri saya dan seluruh penghuni desasiswa fajar harapan, terutamanya yang membaca ruangan blog ini supaya mempersiapkan diri untuk pergi berjuang di medan peperiksaan. Jangan mengalah sebelum berjuang kerana sifat seorang perjuang tidak boleh takut dengan cobaan, halangan mahupun kegagalan. Kerna setiap kegagalan itu akan mematangkan pemikiran.

TIPS2 PEPERIKSAAN:
SEBELUM: - membuat ulang kaji
- menjaga kesihatan
- sediakan slip peperiksaan
- pastikan tarikh, masa, dan tempat untuk peperiksaan dengan betul

SEMASA: - bawa bersama slip peperiksaan dan kad matrik ke dalam dewan peperiksaan
- hadir awal 20 minit sebelum peperiksaan bermula
- pastikan angka giliran dan tempat duduk anda betul
- sebelum membuka kerta peperiksaan mulakan dengan Bismillah dan berdoa bagi
yang muslim.
- ikut arahan pengawas peperiksaan

SELEPAS: - berdoa
- bertawakal kepada ALLAH S.W.T dan yakin bahawa anda telah melakukan yang
terbaik setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan kerjayaan yang cemerlang buat kita semua.
AMIN...,
GOOD LUCK FOR EXAM......., :-) GO2 CAYOK2 Image as described above.

Sunday, October 11, 2009

Sekitar Perasmian Perkampungan 1Siswa 1Malaysia


MC sedang beraksi

Sekitar Hujung padang masa ucapan TNC

Dihujung Padang
Antara Tarian yang dipersembahkan


geng2 yang bawa bendera

Tuesday, October 6, 2009

1 Siswa 1 Ringgit


"Klik pada gambar untuk besarkan"

Notis

Salam Sejahtera,

Kepada semua penghuni Fajar Harapan


Bermula pada hari Selasa(06/10/09) sehingga hari Jumaat(09/10/09), 
MPP dan sahabat MPP akan datang melawat ke setiap bilik di Desasiswa Fajar Harapan bagi memeriksa tahap penerimaan “USM wireless internet”


Sehubungan itu, kami berharap agar penghuni dapat memberi kerjasama dengan berada di bilik bermula jam 10 malam bagi memudahkan pemeriksaan berikut . Segala keluhan dan cadangan dapat diberi terus kepada MPP yang hadir ketika itu.