Ambang peperiksaan kian menghampiri setiap individu yang bergelar pelajar, oleh itu manfaatkanlah minggu "study weak" ini dengan sebaiknya supaya kita dapat membuktikan kepada orang lain bahawa kita mampu melakukan. Saya menyeru kepada diri saya dan seluruh penghuni desasiswa fajar harapan, terutamanya yang membaca ruangan blog ini supaya mempersiapkan diri untuk pergi berjuang di medan peperiksaan. Jangan mengalah sebelum berjuang kerana sifat seorang perjuang tidak boleh takut dengan cobaan, halangan mahupun kegagalan. Kerna setiap kegagalan itu akan mematangkan pemikiran.
TIPS2 PEPERIKSAAN:
SEBELUM: - membuat ulang kaji
- menjaga kesihatan
- sediakan slip peperiksaan
- pastikan tarikh, masa, dan tempat untuk peperiksaan dengan betul
SEMASA: - bawa bersama slip peperiksaan dan kad matrik ke dalam dewan peperiksaan
- hadir awal 20 minit sebelum peperiksaan bermula
- pastikan angka giliran dan tempat duduk anda betul
- sebelum membuka kerta peperiksaan mulakan dengan Bismillah dan berdoa bagi
yang muslim.
- ikut arahan pengawas peperiksaan
SELEPAS: - berdoa
- bertawakal kepada ALLAH S.W.T dan yakin bahawa anda telah melakukan yang
terbaik setelah anda berusaha bersungguh-sungguh.
Semoga apa yang kita usahakan akan membuahkan kerjayaan yang cemerlang buat kita semua.
AMIN...,
GOOD LUCK FOR EXAM......., :-) GO2 CAYOK2
0 comments:
Post a Comment