Thursday, April 19, 2012
Pencarian peserta PADU ( Pantun antara Desasiswa)
Salam semua!
Tak lama lagi akan ada Pertandingan Pantun Antara Desasiswa Universiti ( PADU ). Sekiranya ada yang berminat untuk join, boleh la bagi nama kat pengarah projek PADU.
TEMA PERTANDINGAN PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA
(PADU 2012)
Kelayakan Liga
Perlawanan/
Pusingan Pelawanan Pertama Perlawanan Kedua Perlawanan Ketiga
1 Adat Nasihat Kesihatan
2 Isu Semasa Kasih Sayang Telekomunikasi
3 Budi Peribahasa Belia
Perlawanan suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga dan empat serta akhir
Perlawanan/
Pusingan Suku Akhir Separuh Akhir Tempat Ketiga dan Keempat Akhir
1 Inovasi Jenayah Sejarah Negara Kelestarian
2 Transformasi Hak Asasi Patriotisme Integriti
USM Manusia
3 Terbilang Undang-Undang Keamanan Negara PerananSiswa
Negara
Semangat Baru Harapan!
Assalamualaikum,
Lama rasanya kehilangan jejak berita Fajar Harapan yang lama ditunggu oleh penghuni desa. Di sini, admin ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf di atas kelalaian menguruskan blog ini sehingga sunyi sesunyinya tanpa kabar berita terbaru.
Namun begitu banyak sebenarnya perkara yang ingin dikongsi bersama penghuni dalam ruangan ini. Cuma tiada kesempatan masa untuk update..hehe..sorry YDP!
Ok,back to the main topic! Dalam sedar tidak sedar, sudah banyak aktiviti yang dijalankan oleh desa Harapan.
Antaranya :
1) SUKAD fasa 3 & DPNC yang diadakan di kampus kesihatan Kubang Kerian pada 8-11 Mac 2012.
2) SUKAD fasa 4 di kampus induk pada 23-25 Mac 2012.
3) Aman Kampus & Earth Hour di kampus induk pada 31 Mac 2012
4) Semaian Lestari Kasih (SLK)fasa 1 di Rumah Anak Kesayangan, Bayan Lepas pada 7 April 2012.
5) Pentas Hastari yang masih lagi dijalankan sehinggan semenjak semester 2 dibuka.
Aktiviti-aktiviti di atas akan diberi report penuh dalam post akan datang. Diharap penghuni desa Harapan akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada setiap aktivit yang akan dijalankan dari masa ke semasa.
(*_*)..
Friday, February 24, 2012
Tahniah Kepada Pembantu Exco Baru Sidang 2011/2012
Salam Transformasi Harapan!
Pada 21 dan 22hb february 2012 telah berlangsungnya sesi temuduga untuk mencari pembantu exco yang baru. 10 orang telah berjaya terpilih sebagai PE yang baru. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan bagi mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada sidang akan datang. Harapan sentiasa membuka peluang kepda penghuninya untuk berbakti kepada desa tercinta. Diharap kehadiran PE baru dapat memberikan impak yang lebih besar dalam setiap projek yang akan berlansung untuk semester baru ini.
Tahniah diucapkan!

Thursday, February 23, 2012
Selamat Kembali Ke Semester Baru Sidang 2011/2012
Salam 1 Harapan kepada semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan.
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada semua penghuni Harapan yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester 1 yang lepas. Bagi yang kurang bernasib baik, ayuh kita bersama-sama berjuang kembali untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Jangan jadikan kegagalan lepas sebagai batu penghalang untuk kita berjaya pada hari esok.
Semoga perjalanan kita pada semester baru ini berjalan lancar. Tunjukkan pada semua yang kita penghuni Fajar Harapan tetap semangat dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan.
Gudluck with new challenge! ^_^

Tuesday, December 20, 2011
Aktiviti Fajar Harapan sidang 2011/2012
TARIKH AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN
9,10,11 Dec 2011 SUKAD Fasa II. Kampus Kejuruteraan, USM
17 Dec 2011 Karnival Sukan Harapan Fasa II
2,3 Mac 2012 Tilawah Al-Quran
Mac 2012 DPNC - Debat Piala Naib Canselor
PADU – Pantun Antara Desasiswa Universiti
Mei 2012 TOT – Temasya Olahraga Tahunan
*Penglibatan anda amatlah dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan wakil MPDFh

D’HARAPAN RECYCLE STORE
Baru-baru ini MPDFH 11/12, telah membuka kedai D’Harapan Recycle Store yang bertempat di kafe Fajar Harapan (i-Desa). Kedai ini menyediakan perkhidmatan recycle paper, Photostat, printing, banner dan lain-lain. Masa beroperasi adalah 10pagi-5petang. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Mari lah, datang beramai-ramai ke kedai D’Harapan Recycle Store.
Dari kaca mata seorang gaga…
>>Oleh: misareen@gmail.com
Salam u’olls.. Mesti korang ingat gaga nak citer pasal yang pedas2 je kan..bunyi je camtu. Hakikatnya, gaga nak citer pasal isu semasa yang tak berapa panas je..bukan apa, ni kan folio pertama daripada kacamata seorang gaga..ha,mula-mula sekali mesti korang nak tau siapakah gaga?kan?ke tak nak tau?tak pelah macam tu. Sesungguhnya biarlah gaga menjadi seorang yang low PRO-file.ngeh3..ok,selesai sesi perkenalan.
Satu isu yang ingin dibincangkan dalam edisi Bulletin Ombak kali ini ialah…..jeng..jeng..jeng..isu anjing. Isu anjing?huh!bosannya.. memang pun. Gaga setuju je kalau korang nak cakap isu ni membosankan. Kita semua tau, anjing dan fajar tak dapat dipisahkan. Di mana ada fajar, maka di situ juga lah anjing-anjing berkumpul. Eh,bukan gaga nak cakap yang kita dan anjing hidup sebumbung walaupun itulah hakikatnya. Bukan..Tapi dah anjing tu suka duduk kat fajar nak buat macam mana ye tak? Tapi apa yang paling membosankan bila kita dan anjing sama-sama bersenam setiap malam. Mana taknye, asal nak pergi toilet je malam-malam, mesti anjing tengah dok cari makanan dalam tong sampah. Pastu, kadang-kadang nampak anjing kat pantry. Mungkin dia haus dan perlukan air, itu gaga tak tau la. Yang tak syok nya, bila anjing tu nampak kita dok ngintai dia, tak pun terserempak ngan dia, mesti dia kejar. Adakah pandangan mata kita tu seakan-akan mengajak dia berlari bersama-sama kita? Itu kena tanya tuan empunya diri.
Persoalannya sekarang, apa yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan isu anjing ni semakin berleluasa? Kadang-kadang kalau kita tengok setiap pagi masa subuh tu, mesti tong sampah dah jatuh. Sampah dalam tu tak payah cakap la, mesti la dah tak ada dalam tong sampah ye tak? Apakah benda yang dicari oleh anjing dalam tu? Mestilah makanan yang berupa tulang.agaknya..jadi, kita sebagai penghuni fajar, seharusnya setiap kali selesai makan, ikat plastik makanan kita tu ketat-ketat dan buang ke dalam tong sampah. Kalau tong sampah dah penuh, biasanya makcik cleaner akan tinggalkan plastik sampah lebih dekat kerusi. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk buka plastik baru dan masukkan sampah yang bertaburan ke dalam plastik baru. Kan lebih harmoni dipandang oleh-oleh anjing-anjing yang ada di fajar ni. Tidaklah fajar ni tercemar dengan sampah sarap yang di recycle balik oleh anjing-anjing fajar. Maka, tiadalah adegan kejar-mengejar dalam fajar. Eh, cakap pasal kejar-mengejar, korang kalau jumpa anjing, jangan jerit dan lari tau. Bukan apa, selalunya kalau lari mesti anjing kejar. Ada orang cakap kalau nak halau anjing, jerit kat dia, nanti cepat-cepat diorang lari ketakutan. Gaga pernah cuba jerit gak dulu, tapi anjing tu jerit balik kat gaga. Kalau jerit je takpe gak. Tak puas hati, dia gigit kaki gaga pulak. Ok ,fine! Gaga dah tak peduli dan terus lari dari situ. Jadi, apa yang korang perlu lakukan,cuma senyum je dekat anjing tu dan perlahan-lahan pergi dari situ macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bagi siapa-siapa yang berani, bolehlah jerit balik kat anjing tu.
Selain itu, pihak MPDFH ada memanggil jabatan yang berkenaan untuk menghalau anjing tapi nampaknya isu ni masih tak dapat diselesaikan. Jadi, gaga nak minta pendapat korang sekiranya ada apa-apa cadangan bagi menghilangkan kewujudan anjing ni, apakata korang hantar komen ke facebook fajar ( Majlis Penghuni Desasiswa Fajar harapan). Setiap komen yang bernas akan di “suka” oleh gaga ye. Dan sekiranya cadangan terbaik berjaya diperolehi, maka yang bernasib baik itu akan menerima hadiah yang agak istimewa. Okey tak? Ini betul-betul tau, bukan main-main. Akhir kata, kaca mata gaga sentiasa mengekori gerak langkah anda..bye!

Subscribe to:
Posts (Atom)