Pages


Tuesday, April 6, 2010

ACADEMIC & CHARITY PROGRAM BEIJING,CHINA





MPDFH TELAH MENGADAKAN SATU LAWATAN AKADEMIK DAN KEBAJIKAN KE BEIJING, CHINA PADA 29 MAC- 4 APRIL BARU-BARU INI. PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERIKAN PENDEDAHAN KEPADA MAHASISWA/I TENTANG CORAK PEMBELAJARAN DI LUAR NEGARA DAN JUGA UNTUK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA UMAT ISLAM DI BEIJING. SERAMAI 30 ORANG PESERTA TELAH MENYERTAI PROGRAM INI.

PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIADAKAN SEPERTI MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL, PERSIDANGAN MEJA BULAT, MENDAKI GREAT WALL DAN BANYAK LAGI.

TAHNIAH KEPADA PENGARAH PROJEK DAN AJK YANG TERLIBAT KERANA BERJAYA MENGANJURKAN PROGRAM INI. SEMOGA PROGRAM INI MENJADI PERINTIS KEPADA PROGRAM-PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARA PADA MASA AKAN DATANG.




Monday, April 5, 2010

KEJAYAAN TOT

TAHNIAH KEPADA BIRO SUKAN DAN REKREASI ATAS KEJAYAAN MERAIH 3 PINGAT PERAK SEMASA TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE-36 BARU-BARU INI. 2 PINGAT PERAK DIRAIH OLEH ATLET WANITA IAITU SITI FATIMAH BT. ABDULL GHAFAR MELALUI ACARA 100M LARI BERPAGAR DAN LOMPAT KIJANG. MANAKALA 1 PINGAT PERAK DISUMBANGKAN OLEH ATLET LELAKI IAITU MOHD ROZAINI ROZAN MELALUI ACARA LEMPAR CAKERA.

TAHNIAH KEPADA SEMUA ATLET DAN URUSETIA...
CUBA LAGI TAHUN HADAPAN..:)

EARTH HOUR @ FAJAR HARAPAN





Salam 1 Harapan..

Jutaan terima kasih kepada semua penghuni yang bersama-sama bekerjasama bagi menjayakan program EARTH HOUR@ FAJAR HARAPAN....

Hampir 90% penghuni telah memadamkan lampu mereka pada masa tersebut...

Terima kasih kepada Exco MPDFH dan penghuni yang turun ke parking lot bagi menyertai program yang dianjurkan iaitu Kembara Malam..


Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR @ FAJAR HARAPAN

Font size

Salam 1 Harapan..MPDFH akan menyokong program EARTH HOUR@ USM yang akan diadakan pada 27 Mac 2010. Semua penghuni diminta memberi kerjasama dengan menutup lampu mulai jam 9.00 mlm- 10.00 mlm dan berkumpul di tempat letak kereta dihadapan rumah penggawa. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang 1 jam berkumpul. Terima kasih...

Tuesday, March 23, 2010

BBQ 1HARAPAN

Kemuncak sidang 2009/2010 amat terasa sekali. banyak dugaan, cabaran, dan pengalaman telah kita rasai bersama-sama. pelbagai aktiviti telah dilakukan cuma aktiviti kemuncak yang telah menjadi tradisi Majlis Penghuni Fajar Harapan belum dilaksanakan lagi. untuk melengkapkan tradisi tersebut Persatuan "duda dan janda" MPDFH akan mengadakan majlis keramat iaitu BBQ 1HARAPAN untuk meraikan senior-senior yang bakal menamatkan ijazah mereka. oleh itu, dijemput semua penghuni desasiswa fajar harapan khususnya, dan rakan-rakan dari desasiswa lain amnya untuk sama-sama memeriahkan BBQ 1HARAPAN yang akan diadakan pada:
  • tarikh : 4 april 2010
  • masa : 8.30 hingga 12.00 malam
  • tempat : tasik harapan (berdekatan rumah kayak)
  • bayaran : RM 5.00 seorang
Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi:
  • saudara Idzuan Jamaluddin (019-7239469) atau
  • saudari Huda (013-2974115).

TOT la pulok.....,

Debaran temasya olahraga tahunan (TOT), USM kini kian menghampiri kita semua...,
marilah kita sama-sama memeriahkan temasya olahraga tahunan tersebut yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2010. oleh itu, semua penghuni desasiswa fajar harapan digalakkan untuk turun sama-sama memberi sokongan dan turut serta dalam temasya olahraga tahunan teserbut. aktiviti berkaitan TOT mengikut perancangan yang telah ditetapkan ialah:
  • latihan sorakan setiap petang pada pukul 6.00 petang sehingga hari TOT.
  • latihan kawad kaki diadakan pada setiap malam bermula pukul 10.00 malam.
  • pra raptai kawad kaki untuk perbarisan pada 24 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • raptai penuh kawad kaki untuk perbarisan TOT pada 25 Mac 2010 pada pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Olahraga USM.
  • pembinaan rumah TOT akan dibuat pada 26 Mac 2010 pada pukul 4.30 petang di Stadium Olahraga.

diharap semua penghuni dapat melibatkan diri dalam semua bahagian TOT untuk sama-sama menaikan nama desasiswa fajar harapan ke peringkat yang lebih baik. MAJULAH SUKAN UNTUK HARAPAN:-)

Saturday, March 20, 2010

U RACE

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program U RACE yang julung-julung kali diadakan pada 14 Mac 2010.
Program ini dikelolakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan dengan kerjasama pihak Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM.